Monday, 7 November 2011

LATAR BELAKANG

Program Saringan

Literasi dan Numerasi

(Literacy and Numeracy Screening)



PROGRAM LINUS



LATAR BELAKANG



    * Satu daripada National Key Result Area (NKRA)



    “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.

    (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)

    * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

    * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.



Rasional



    * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.

    * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

    * PROTIM selepas UPSR.

 Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

    * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

    * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).



Matlamat LINUS



- Celik huruf

- Celik nombor



Strategi Pelaksanaan Di Sekolah



Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.

Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):

Saringan 1 (Mac)

Saringan 2 (Jun)

Saringan 3 (September)

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.

Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.

Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

No comments:

Post a Comment