Thursday 3 November 2011

Konsep LINUS

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN


  • National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
  • Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
  • Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
  • Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
  • Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
  • Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
  • Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL


— Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
— KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
— PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
— Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
— Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.


DEFINISI KONSEP


— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”


DEFINISI KONSEP


— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”


MATLAMAT


“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :


i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI


Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :


i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR


Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

No comments:

Post a Comment