Monday 7 November 2011

Keputusan Saringan LINUS




Senarai "Permata Hatiku 2011"


Pada tahun ini murid yang terlibat untuk program PERMATA HATIKU adalah seramai 15 orang. Guru-guru yang terlibat merupakan guru sesi petang yang berpengalaman di dalam menjayakan program ini. Sekalung budi dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam program kali ini.


S/U FasiLINUS SKKJ2

LATAR BELAKANG

Program Saringan

Literasi dan Numerasi

(Literacy and Numeracy Screening)



PROGRAM LINUS



LATAR BELAKANG



    * Satu daripada National Key Result Area (NKRA)



    “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.

    (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)

    * Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

    * Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.



Rasional



    * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.

    * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.

    * PROTIM selepas UPSR.

 Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

    * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

    * Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).



Matlamat LINUS



- Celik huruf

- Celik nombor



Strategi Pelaksanaan Di Sekolah



Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.

Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):

Saringan 1 (Mac)

Saringan 2 (Jun)

Saringan 3 (September)

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.

Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.

Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.

Thursday 3 November 2011

Program Permata Hatiku




FasiLINUS SKKJ2 2011

Penaung:
En. Norazmi B Ibrahim

Penasihat:
Pn Rosni Bt Abdul Rahman

Penyelaras:
En Abd Aziz B. Md Yasin

Setiausaha:
Pn Azurah Bt Mas Sohor

FasiLINUS Literasi:
Pn. Azurah Bt Mas Sohor
Pn. Noraini Bt Ahmad @ Hasan
Pn. Suhaila Bt Othman
Pn Nursyriati Bt Samsudin

FasiLINUS NUMERASI:
Pn. Nor Salwa Bt Mohd Rauhi
En. Abd Aziz B Md Yasin

Konsep LINUS

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN


  • National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
  • Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan
  • Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan
  • Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum
  • Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM).
  • Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3.
  • Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL


— Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
— KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
— PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi
— Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1.
— Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.


DEFINISI KONSEP


— Definisi Numerasi
“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”


DEFINISI KONSEP


— Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”


MATLAMAT


“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI


Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :


i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’


OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI


Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :


i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan menguku r dalam sentimeter.


KUMPULAN SASAR


Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Peranan Guru LINUS

i.    Mengikuti kursus LINUS
ii.    Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru
iii.   Melaksanakan Saringan 1,2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan
iv.   Mengumpul data dan mengenalpasti murid LINUS
v.    Melaksanakan Diagnostik dan menganalisa dapatan Ujian Diagnostik
       (Rujuk Lampiran 3a : Bahasa Melayu dan Lampiran 3b : Matematik)
vi.   Mentadbir kelas dengan baik
vii.  Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS
viii.  Melaksanakan Diagnostik (Rujuk Lampiran 3a : Bahasa Melayu dan Lampiran 3b : Matematik)
ix.   Menfailkan data
x.    Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Sistem fail LINUS

Fail Induk
~Surat-menyurat
~Carta organisasi Jawatankuasa Program LINUS
~Takwim LINUS
~Peranan Guru LINUS / Guru Pemulihan Khas
~Minit Curai
~Minit Mesyuarat
~Surat Pekeliling LINUS - punca kuasaLaporan (eg: Kursus Dalaman)Biodata guru linus.

Fail Keputusan Saringan
~Borang Pelaporan Prestasi Individu murid LINUS 
~Analisis Keputusan Saringan.

Fail Maklumat peribadi murid LINUS
~Borang Maklumat peribadi murid  LINUS (Di cetak dari Sistem Maklumat Murid).

Bahan-bahan LINUS
~Modul GuruModul Murid
~Soalan-soalan Saringan